Followers

Tips: Meredakan kemarahan

on Tuesday, March 13



Kemarahan datang tanpa diduga. Sedangkan yang paling tenang antara kita juga marah sekali-sekala, inikan kita.Terdapat pelbagai cara untuk mengawal kemarahan. Jadi apa yang anda lakukan apabila kemarahan telah menular dalam diri? Apakah cara yang anda lakukan untuk melepaskan kemarahan anda tanpa menyakitkan orang lain atau anda sendiri, secara emosional, atau secara fizikal? Berikut merupakan cara-cara untuk meredakan kemarahan.

1. Bertenang. Sebelum kemarahan menguasai anda, tenangkan hati anda. Semuanya bergantung kepada anda. Samada perasaan marah bertambah atau dimatikan. Selagi anda rasa marah, lakukan salah satu cara dibawah untuk bertenang:
  • Tarik nafas dalam-dalam.
  • Beritahu diri anda, dalam suara yang lembut, untuk bertenang semasa anda menarik nafas.
  • Pejamkan mata anda dan bayangkan satu tempat atau kenangan yang akan menenangkan anda, seperti berbaring di atas katil atau berendam di dalam air panas.
2. Salurkan tenaga marah anda. Kemarahan merupakan perasaan yang memberikan tenaga( kerana hormon yang dilepaskan) dan tenaga fizikal itu perlu dikeluarkan. Cara yang paling baik untuk menggunakan tenaga tersebut ialah dengan memenatkan diri anda dengan senaman. Berlari, berenang, senaman tekan tubi sehingga anda berasa terlalu penat untuk berasa marah semula.
3. Hilangkan rasa kemarahan tersebut. Setelah perasaan marah diketepikan, jangan terus melupakannya. Kemarahan mungkin akan kembali lagi, melainkan anda cuba untuk menghilangkannya ketika anda dalam keadaan tenang. Selain itu, perasaan marah yang tersisa boleh menyebabkan stress, penyakit darah tinggi atau kemurungan. Ia juga boleh menyebabkan perilaku pasif-agresif ( menyerang kepada seseorang tanpa anda menyedarinya) atau menjadi seseorang yang sinis. Jadi ambil peluang ini untuk mengenali diri anda dengan lebih mendalam dan jadi lebih proaktif.

0 komen der:

Post a Comment