Followers

on Friday, October 12

Bertangguh? Perkara biasa bagi manusia kan. Sini admin nak kongsi jenis berlengah-lengah. Humm..




Admin suka sangat lagu ni. Enjoy.   :D


on Friday, September 21

Hari Jumaat merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum muslimin. Hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.

KEUTAMAAN HARI JUMAAT
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berkata:
"Hari paling baik dimana matahari terbit pada hari itu adalah hari jumat, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintannya."
1. Hari yang paling mulia dan merupakan penghulu dari hari-hari
Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berkata:
"Hari jumaat adalah penghulu hari-hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah, hari jumaat ini lebih mulia dari hari raya Idhul Fitri dan Idul Adha di sisi Allah, pada hari jumaat terdapat lima peristiwa, diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari jumaat juga Adam dimatikan, di hari jumaat terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selama tidak memohon yang haram, dan di hari jumaat pula akan terjadi kiamat, tidaklah seseorang malaikat yang dekat di sisi Allah, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari jumaat." (HR. Ahmad)
on Friday, March 30


Semua orang tahu perempuan selalu menangis kadang-kadang perkara kecil pun boleh menangis. Perempuan juga suka sangat menangis tanpa alasan, betul tak? Lagi kuat dorongan untuk air mata menitis ini apabila sindrom PMS. Emosi jadi kurang stabil, mudah je menangis. Itulah sebab perempuan digelar ratu air mata, pantang terguris, memang air mata akan mengalir.
Persoalan: Adakah Wanita Menangis Kerana Mereka Kaum Yang Lemah?
Perempuan menangis bukan kerana lemah atau menangis dengan suka-suka. Menangis adalah terapi emosi yang paling mujarab untuk menghilang rasa tekanan yang melanda. Silap andai ada yang menyatakan perempuan menangis kerana lemah! Ketahuilah tangisan adalah lambang kekuatan dan perisai bagi wanita untuk menahan bebanan bukannya lemah. Melepaskan bebanan yang ada dengan menangis dapat mengumpulkan kembali kekuatan untuk kembali normal.
Kajian ilmiah menyatakan bahawa perempuan lebih banyak menangis 4 kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.