Followers

Fakta: Kenapa Wanita Suka Menangis?

on Friday, March 30


Semua orang tahu perempuan selalu menangis kadang-kadang perkara kecil pun boleh menangis. Perempuan juga suka sangat menangis tanpa alasan, betul tak? Lagi kuat dorongan untuk air mata menitis ini apabila sindrom PMS. Emosi jadi kurang stabil, mudah je menangis. Itulah sebab perempuan digelar ratu air mata, pantang terguris, memang air mata akan mengalir.
Persoalan: Adakah Wanita Menangis Kerana Mereka Kaum Yang Lemah?
Perempuan menangis bukan kerana lemah atau menangis dengan suka-suka. Menangis adalah terapi emosi yang paling mujarab untuk menghilang rasa tekanan yang melanda. Silap andai ada yang menyatakan perempuan menangis kerana lemah! Ketahuilah tangisan adalah lambang kekuatan dan perisai bagi wanita untuk menahan bebanan bukannya lemah. Melepaskan bebanan yang ada dengan menangis dapat mengumpulkan kembali kekuatan untuk kembali normal.
Kajian ilmiah menyatakan bahawa perempuan lebih banyak menangis 4 kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.
Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.
Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan dengan diiringi suara yang dapat didengar sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.
Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.
Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jenis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.
Faktor Panjang Usia
Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun. Pakar doktor jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.
Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti.
Hormon Berbicara
Perempuan memiliki hormon yang dipanggil oksinosin. Para ilmuwan menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. Hormon ini dianggap sebagai faktor terpenting di sebalik fenomena bersembangnya kaum perempuan dengan teman-teman ataupun keluarga mereka untuk menghilangkan stres dan bukan cara menyembunyikan diri atau melampiaskannya dengan tindakan yang zalim seperti yang dilakukan oleh lelaki.
Allah berfirman:
“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan ”
“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya ”
“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh ”
“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya ”
“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya ”
“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu”
“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”
Ketahuilah air mata yang menitis disetiap kelopak mata seorang wanita adalah anugerah dari Illahi. Semoga kita mendapat info dari firman ini.

 
Tahukah anda :
Berikut beberapa fakta tentang Air mata (menangis)
1.     Menangis merupakan salah satu pembeda kita dengan mahluk Allah lainnya. Menangis tidak hanya mewakili suasana sedih tapi juga bahagia.
2.     Menangis merupakan cara alami untuk membuang unsur-unsur membahayakan dari tubuh manusia. Unsur-unsur ini diproduksi oleh tubuh saat manusia sedang mengalami keputusasaan dan ketakutan
3.     Menangis dapat meredakan ketegangan jiwa.
4.     Perempuan lebih banyak menangis 4 kali lipat dari laki-laki. Karena hal ini juga rata-rata usia perempuan lebih panjang dari laki-laki. Karena terbukti menangis dapat mengeluarkan racun yang diproduksi tubuh melalui kucuran air mata. Atau dengan kata lain, menahan air mata menyebabkan tumbuhnya racun.
5.     Menangis dapat memelihara kelembutan mata.
6.     Seorang peneliti modern mengatakan, perempuan menangis sebanyak 3 hingga 5 kali dalam sebulan. 73% perempuan menangis kerana laki-laki. 74% perempuan mengeluarkan air mata yang cukup deras saat menangis dan 85% merasa lega setelah menangis.
7.     Bayi ternyata sudah menangis semenjak berada di dalam rahim.
8.     Perasaan sedih atau emosi yang terpendam dalam batin anda.
9.     Mereka yang menangis dapat mengembalikan 5 kali ganda tingkat normal dan kewarasan selepas menangis berbanding mereka yang tidak menangis.
Jadi apa lagi, menangislah jika ada bebanan dihati. Bagi kaum lelaki jangan malu-malu untuk menangis. Jika anda merasa ingin menangis, maka menangislah. Tangisan tidak mengurangi kelelakian anda dan tidak merendahkan kemampuan anda. Bahkan sebaliknya hati anda akan merasa rileks dan tenang.

1 komen der:

Post a Comment