Followers

on Friday, October 12

Bertangguh? Perkara biasa bagi manusia kan. Sini admin nak kongsi jenis berlengah-lengah. Humm..




Admin suka sangat lagu ni. Enjoy.   :D


on Friday, September 21

Hari Jumaat merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum muslimin. Hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.

KEUTAMAAN HARI JUMAAT
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berkata:
"Hari paling baik dimana matahari terbit pada hari itu adalah hari jumat, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintannya."
1. Hari yang paling mulia dan merupakan penghulu dari hari-hari
Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berkata:
"Hari jumaat adalah penghulu hari-hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah, hari jumaat ini lebih mulia dari hari raya Idhul Fitri dan Idul Adha di sisi Allah, pada hari jumaat terdapat lima peristiwa, diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari jumaat juga Adam dimatikan, di hari jumaat terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selama tidak memohon yang haram, dan di hari jumaat pula akan terjadi kiamat, tidaklah seseorang malaikat yang dekat di sisi Allah, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari jumaat." (HR. Ahmad)
on Friday, March 30


Semua orang tahu perempuan selalu menangis kadang-kadang perkara kecil pun boleh menangis. Perempuan juga suka sangat menangis tanpa alasan, betul tak? Lagi kuat dorongan untuk air mata menitis ini apabila sindrom PMS. Emosi jadi kurang stabil, mudah je menangis. Itulah sebab perempuan digelar ratu air mata, pantang terguris, memang air mata akan mengalir.
Persoalan: Adakah Wanita Menangis Kerana Mereka Kaum Yang Lemah?
Perempuan menangis bukan kerana lemah atau menangis dengan suka-suka. Menangis adalah terapi emosi yang paling mujarab untuk menghilang rasa tekanan yang melanda. Silap andai ada yang menyatakan perempuan menangis kerana lemah! Ketahuilah tangisan adalah lambang kekuatan dan perisai bagi wanita untuk menahan bebanan bukannya lemah. Melepaskan bebanan yang ada dengan menangis dapat mengumpulkan kembali kekuatan untuk kembali normal.
Kajian ilmiah menyatakan bahawa perempuan lebih banyak menangis 4 kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.
on Thursday, March 15


Wanita. Anda sungguh istimewa!

1. Wanita lebih penyayang dari lelaki.

2. Lelaki hanya mampu menahan kesakitan sehingga 47 Del tetapi wanita mampu menahan kesakitan sehigga 57 Del ketika sakit bersalin. Itu bersamaan 20 tulang dipatahkan serentak. Khas untuk lelaki, hargailah ibu dan isteri anda.
on Wednesday, March 14
Bola Kampung The Movie Diterbitkan oleh Animasia Studio. Menggunakan sepenuhnya Imej Janaan Komputer (CGI) dengan kos penerbitan sebanyak RM6 juta dan menggunakan tenaga kerja tempatan sepenuhnya.

Filem Bola Kampung The Movie ini mengambil masa dua tahun sebagai persediaan, akan menggabungkan 100 pakar tempatan dalam dunia grafik, muzik, animasi, komposer dan pelakon suara bagi menjayakannya.

Yang menariknya seramai 14 pelakon terkenal telah meminjamkan suara mereka untuk filem tersebut antaranya Aizat Amdan, Mamat (Sepah), Steven Tan, Baki Zainal, Noh (Hujan), Douglas Lim, Rahim Omar, Deanna Yusoff, Adila Shakir, Harun Salim Bachik, Harris Alif, Aznil Nawawi, Ezlynn dan Afdlin Shauki.



Fikiran merupakan sesuatu yang kreatif. Apa yang kita fikirkan samada baik ataupun buruk, adalah kreatif. Itulah sebabnya kita mesti belajar untuk menjadi lebih positif. Persekitaran dan pengalaman dalam kehidupan memberikan keputusan dalam perlakuan dan pemikiran.

Pemikiran yang negatif memberitahu kita tentang sesuatu yang perlukan perhatian. Jadi, fikiran memberitahu kita tentang perkara yang perlu diselesaikan dahulu. Ramai orang tidak menyedari perkara-perkara negatif sebagai pengalaman yang memberikan pelajaran dan terus merasakan diri tidak berdaya untuk meneruskan kehidupan, menyalahkan orang lain atas kesalahan diri.
on Tuesday, March 13



Tips di bawah akan membantu anda untuk memaafkan kawan, saudara atau teman istimewa yang telah melakukan kesilapan yang telah menyakiti hati anda.
1. Fikir secara rasional. Jika seseorang itu kembali hadir dalam hidup anda dan meminta maaf, jangan buat keputusan yang terburu-buru. Beritahu mereka anda perlukan masa untuk fikirkannya dan anda pasti akan dapat memaafkannya.



Kemarahan datang tanpa diduga. Sedangkan yang paling tenang antara kita juga marah sekali-sekala, inikan kita.Terdapat pelbagai cara untuk mengawal kemarahan. Jadi apa yang anda lakukan apabila kemarahan telah menular dalam diri? Apakah cara yang anda lakukan untuk melepaskan kemarahan anda tanpa menyakitkan orang lain atau anda sendiri, secara emosional, atau secara fizikal? Berikut merupakan cara-cara untuk meredakan kemarahan.