Followers

Tips: Menjadi Positif

on Wednesday, March 14


Fikiran merupakan sesuatu yang kreatif. Apa yang kita fikirkan samada baik ataupun buruk, adalah kreatif. Itulah sebabnya kita mesti belajar untuk menjadi lebih positif. Persekitaran dan pengalaman dalam kehidupan memberikan keputusan dalam perlakuan dan pemikiran.

Pemikiran yang negatif memberitahu kita tentang sesuatu yang perlukan perhatian. Jadi, fikiran memberitahu kita tentang perkara yang perlu diselesaikan dahulu. Ramai orang tidak menyedari perkara-perkara negatif sebagai pengalaman yang memberikan pelajaran dan terus merasakan diri tidak berdaya untuk meneruskan kehidupan, menyalahkan orang lain atas kesalahan diri.

Kamu tidak berseorangan. Janganlah kamu berputus asa. Kamu masih hidup dan jadilah diri kamu sendiri.

1. Akui yang kamu mempunyai masalah. Kamu tidak boleh merubah masalah jika kamu tidak mengakuinya. Terimalah kenyataan. Ini akan memudahkan kamu untuk menjadi seorang yang positif!

2. Bina matlamat. Matlamat memberikan pandangan positif dalam kehidupan. Mereka yang bosan dengan kehidupan dan rasa tersangkut biasanya rasa tertekan jika tiada matlamat menyebabkan tiada kemajuan dibina.

3. Hargailah kawan anda! Hargailah kawan anda yang di sisi anda menempuhi masa susah atau senang. Kawan saling bantu membantu menempuhi masa senang dan susah. Senaraikan bantuan mereka terhadap anda untuk menjadikan anda lebih positif dan di dalam proses tersebut anda juga mungkin membantu mereka. Positifkan diri anda apabila berada di sekeliling mereka dan rasa bertuah kerana mempunyai sahabat yang setia di dalam hidup anda.

4. Sedarlah bahawa semua berada di dalam minda anda! Apa yang berada di dalam minda anda menentukan perbuatan anda dan menentukan samada anda seorang yang positif atau negatif. Jika anda selalu memikirkan perkara yang negatif, anda akan menjadi seorang yang negatif. Lebih baik bagi anda untuk memikirkan perkara yang positif.

5. Elakkan pengaruh yang negatif. Walaupun ahli keluarga atau sahabat rapat, jangan mencontohi perangai buruk mereka. Elakkanlah ia daripada menular dalam diri anda.

6. Carilah kata-kata semangat yang boleh merangsang diri anda dan simpanlah ia di dalam dompet atau poket untuk membuat rujukan secara cepat.

7. Tumpukan imaginasi dan usaha anda untuk menjadi seseorang yang berfikiran positif. Lebih mudah untuk membuat perubahan jika kita mengarahkan minda anda untuk berubah. Kita tidak boleh senantiasa mengawal perkara yang berlaku dalam kehidupan kita, tetapi kita boleh, dengan sedikit usaha, kawal perkara yang kita fikirkan di dalam minda.

8. Senyum kepada manusia yang lain. Mungkin ini sedikit pelik, ia sebenarnya membuatkan diri anda lebih positif dan gembira. Anda juga mungkin menceriakan kehidupan orang lain dengan hanya senyuman.

9. Dengarlah muzik yang positif. Ia adalah cara yang baik untuk kekal positif.

10. Gantikan fikiran yang negatif dengan sesuatu yang positif. Cari kelebihan pada setiap situasi. Jika anda fikirkan sesuatu yang tidak baik, fikirlah yang sebaliknya. Katakan “Saya boleh!” lebih daripada “Saya tidak boleh!”.

0 komen der:

Post a Comment