Semua orang tahu perempuan selalu menangis kadang-kadang perkara kecil
pun boleh menangis. Perempuan juga suka sangat menangis tanpa alasan, betul
tak? Lagi kuat dorongan untuk air mata menitis ini apabila sindrom PMS. Emosi
jadi kurang stabil, mudah je menangis. Itulah sebab perempuan digelar ratu air
mata, pantang terguris, memang air mata akan mengalir.
Persoalan: Adakah Wanita Menangis
Kerana Mereka Kaum Yang Lemah?
Perempuan
menangis bukan kerana lemah atau menangis dengan suka-suka. Menangis adalah
terapi emosi yang paling mujarab untuk menghilang rasa tekanan yang melanda.
Silap andai ada yang menyatakan perempuan menangis kerana lemah! Ketahuilah
tangisan adalah lambang kekuatan dan perisai bagi wanita untuk menahan bebanan
bukannya lemah. Melepaskan bebanan yang ada dengan menangis dapat mengumpulkan
kembali kekuatan untuk kembali normal.
Kajian
ilmiah menyatakan bahawa perempuan lebih banyak menangis 4 kali ganda
berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang
bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.