Bertangguh? Perkara biasa bagi manusia kan. Sini
admin nak kongsi jenis berlengah-lengah. Humm..
on Friday, September 21
Hari Jumaat
merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum muslimin. Hari Jumaat mempunyai
banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada
hamba-hambaNya.
KEUTAMAAN HARI JUMAAT
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu
bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berkata:
"Hari paling baik dimana matahari
terbit pada hari itu adalah hari jumat, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada
hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga,
pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu
dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan
kecuali Allah akan mengabulkan permintannya."
1.
Hari yang paling mulia dan merupakan penghulu dari hari-hari
Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir
radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berkata:
"Hari jumaat adalah penghulu
hari-hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah, hari jumaat ini lebih mulia
dari hari raya Idhul Fitri dan Idul Adha di sisi Allah, pada hari jumaat
terdapat lima peristiwa, diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada
hari jumaat juga Adam dimatikan, di hari jumaat terdapat waktu yang mana jika
seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selama tidak memohon yang
haram, dan di hari jumaat pula akan terjadi kiamat, tidaklah seseorang malaikat
yang dekat di sisi Allah, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari
jumaat." (HR. Ahmad)
on Friday, March 30
Semua orang tahu perempuan selalu menangis kadang-kadang perkara kecil
pun boleh menangis. Perempuan juga suka sangat menangis tanpa alasan, betul
tak? Lagi kuat dorongan untuk air mata menitis ini apabila sindrom PMS. Emosi
jadi kurang stabil, mudah je menangis. Itulah sebab perempuan digelar ratu air
mata, pantang terguris, memang air mata akan mengalir.
Persoalan: Adakah Wanita Menangis
Kerana Mereka Kaum Yang Lemah?
Perempuan
menangis bukan kerana lemah atau menangis dengan suka-suka. Menangis adalah
terapi emosi yang paling mujarab untuk menghilang rasa tekanan yang melanda.
Silap andai ada yang menyatakan perempuan menangis kerana lemah! Ketahuilah
tangisan adalah lambang kekuatan dan perisai bagi wanita untuk menahan bebanan
bukannya lemah. Melepaskan bebanan yang ada dengan menangis dapat mengumpulkan
kembali kekuatan untuk kembali normal.
Kajian
ilmiah menyatakan bahawa perempuan lebih banyak menangis 4 kali ganda
berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang
bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.
on Thursday, March 15
Wanita. Anda sungguh
istimewa!
1. Wanita lebih penyayang dari lelaki.
2. Lelaki hanya mampu menahan kesakitan
sehingga 47 Del tetapi wanita mampu menahan kesakitan sehigga 57 Del ketika
sakit bersalin. Itu bersamaan 20 tulang dipatahkan serentak. Khas untuk lelaki,
hargailah ibu dan isteri anda.
on Wednesday, March 14
Bola Kampung The Movie
Diterbitkan oleh Animasia Studio. Menggunakan sepenuhnya Imej Janaan Komputer
(CGI) dengan kos penerbitan sebanyak RM6 juta dan menggunakan tenaga kerja
tempatan sepenuhnya.
Filem Bola Kampung The Movie ini mengambil masa dua tahun sebagai persediaan, akan menggabungkan 100 pakar tempatan dalam dunia grafik, muzik, animasi, komposer dan pelakon suara bagi menjayakannya.
Yang menariknya seramai 14 pelakon terkenal telah meminjamkan suara mereka untuk filem tersebut antaranya Aizat Amdan, Mamat (Sepah), Steven Tan, Baki Zainal, Noh (Hujan), Douglas Lim, Rahim Omar, Deanna Yusoff, Adila Shakir, Harun Salim Bachik, Harris Alif, Aznil Nawawi, Ezlynn dan Afdlin Shauki.
Filem Bola Kampung The Movie ini mengambil masa dua tahun sebagai persediaan, akan menggabungkan 100 pakar tempatan dalam dunia grafik, muzik, animasi, komposer dan pelakon suara bagi menjayakannya.
Yang menariknya seramai 14 pelakon terkenal telah meminjamkan suara mereka untuk filem tersebut antaranya Aizat Amdan, Mamat (Sepah), Steven Tan, Baki Zainal, Noh (Hujan), Douglas Lim, Rahim Omar, Deanna Yusoff, Adila Shakir, Harun Salim Bachik, Harris Alif, Aznil Nawawi, Ezlynn dan Afdlin Shauki.
Fikiran merupakan sesuatu yang kreatif. Apa yang kita
fikirkan samada baik ataupun buruk, adalah kreatif. Itulah sebabnya kita mesti
belajar untuk menjadi lebih positif. Persekitaran dan pengalaman dalam
kehidupan memberikan keputusan dalam perlakuan dan pemikiran.
Pemikiran yang negatif memberitahu kita tentang sesuatu yang
perlukan perhatian. Jadi, fikiran memberitahu kita tentang perkara yang perlu
diselesaikan dahulu. Ramai orang tidak menyedari perkara-perkara negatif
sebagai pengalaman yang memberikan pelajaran dan terus merasakan diri tidak
berdaya untuk meneruskan kehidupan, menyalahkan orang lain atas kesalahan diri.
on Tuesday, March 13
Tips di bawah akan membantu anda untuk memaafkan kawan, saudara atau teman istimewa yang telah melakukan kesilapan yang telah menyakiti hati anda.
1. Fikir secara rasional. Jika seseorang itu kembali hadir dalam hidup anda dan meminta maaf, jangan buat keputusan yang terburu-buru. Beritahu mereka anda perlukan masa untuk fikirkannya dan anda pasti akan dapat memaafkannya.
Kemarahan datang tanpa diduga. Sedangkan yang paling tenang antara kita juga marah sekali-sekala, inikan kita.Terdapat pelbagai cara untuk mengawal kemarahan. Jadi apa yang anda lakukan apabila kemarahan telah menular dalam diri? Apakah cara yang anda lakukan untuk melepaskan kemarahan anda tanpa menyakitkan orang lain atau anda sendiri, secara emosional, atau secara fizikal? Berikut merupakan cara-cara untuk meredakan kemarahan.
Subscribe to:
Posts (Atom)