Bertangguh? Perkara biasa bagi manusia kan. Sini
admin nak kongsi jenis berlengah-lengah. Humm..
on Friday, September 21
Hari Jumaat
merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum muslimin. Hari Jumaat mempunyai
banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada
hamba-hambaNya.
KEUTAMAAN HARI JUMAAT
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu
bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berkata:
"Hari paling baik dimana matahari
terbit pada hari itu adalah hari jumat, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada
hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga,
pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu
dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan
kecuali Allah akan mengabulkan permintannya."
1.
Hari yang paling mulia dan merupakan penghulu dari hari-hari
Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir
radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berkata:
"Hari jumaat adalah penghulu
hari-hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah, hari jumaat ini lebih mulia
dari hari raya Idhul Fitri dan Idul Adha di sisi Allah, pada hari jumaat
terdapat lima peristiwa, diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada
hari jumaat juga Adam dimatikan, di hari jumaat terdapat waktu yang mana jika
seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selama tidak memohon yang
haram, dan di hari jumaat pula akan terjadi kiamat, tidaklah seseorang malaikat
yang dekat di sisi Allah, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari
jumaat." (HR. Ahmad)
on Friday, March 30
Semua orang tahu perempuan selalu menangis kadang-kadang perkara kecil
pun boleh menangis. Perempuan juga suka sangat menangis tanpa alasan, betul
tak? Lagi kuat dorongan untuk air mata menitis ini apabila sindrom PMS. Emosi
jadi kurang stabil, mudah je menangis. Itulah sebab perempuan digelar ratu air
mata, pantang terguris, memang air mata akan mengalir.
Persoalan: Adakah Wanita Menangis
Kerana Mereka Kaum Yang Lemah?
Perempuan
menangis bukan kerana lemah atau menangis dengan suka-suka. Menangis adalah
terapi emosi yang paling mujarab untuk menghilang rasa tekanan yang melanda.
Silap andai ada yang menyatakan perempuan menangis kerana lemah! Ketahuilah
tangisan adalah lambang kekuatan dan perisai bagi wanita untuk menahan bebanan
bukannya lemah. Melepaskan bebanan yang ada dengan menangis dapat mengumpulkan
kembali kekuatan untuk kembali normal.
Kajian
ilmiah menyatakan bahawa perempuan lebih banyak menangis 4 kali ganda
berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang
bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.
Subscribe to:
Posts (Atom)